Sunday, March 18, 2012

Fancy Cookies

Assalamualaikum,

Moga dalam rahmat dan kasih sayang Allah untuk semua...
A very quiet morning ... all to myself! Anak2 dah ke sekolah sunyi la..back to my routine..
Fancy cookies order daripada Ila tertinggal pulak daripada previous entry... and I have someone asking for this cookies. The first picture to copied from Ila's facebook cantik, pandai dia susun kan..the second picture tu at my kitchen Ila ordered loose cookies meaning without packing & ribbon. 

Almond butter cookies + fondant


I have to rush back to my routine! Moga semua usaha dipermudahkan!

Saturday, March 17, 2012

Purple Wedding

Assalamualaikum..

Thanks to Julia ... kali ketiga dia order red velvet wedding cake, first time for her own wedding, the rest on behalf of her friends...This time its purple and gold and she wanted it simple..so I put shades of purple rosette using buttercream...Selamat Pengantin Baru kepada Dr Murni & pasanganny!



9" Red Velvet + Cream cheese frosting + buttercream deco

Wednesday, March 14, 2012

Aku Milikmu

Assalamualaikum..

Moga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa bersama kita..
Tiada apa yang lebih membahagiakan daripada 2 hati yang disatukan dengan ikatan...dapat tempahan daripada pasangan yang sangat comel dan sepadan ..Selamat Bertunang Ila!

 Fruity cheesecake + chocolate + fresh fruits

 Red Velvet Cake + Cream cheese Frosting + fresh flowers


Monday, March 12, 2012

Semuanya Milik DIA

Assalamualaikum..

Alhamdulillah...pagi yang sejuk dan nyaman, lama tak berentry ada yang rindu tuuu hehe..ramai silent follower kat luar tu kan kan.. perasan! Ok what happen bila cuaca sejuk - mood : makan! Dengan anak-anak di rumah kepala ligat dah memikir apa yang nak dimasak..ok wish me luck lah ya..

Nak share cerita kek oren..somehow kek oren ni favourite mak-mak kita betul tak cos rasanya zaman dulu-dulu mana ada cheese cake or red velvet bagai  kan .. ;o). Kek ni juga favourite mak kawan yg juga jiran, so I baked her orange cake in cupcake sizes sebelum mak dia due for operation, knew that it is not that healthy for her tapi a little wouldn't hurt I guess..  and just to cheer her up. Mak kawan tu disahkan cancer usus tahap 1 dan dah pun selamat menjalani operation dan sedang berehat...moga cepat sembuh dan tabah menghadapi ujian ini. Untuk kawan saya tu moga dikurniakan ganjaran hebat oleh Allah atas kesabaran menjaga ibunya..tak semua orang dapat peluang ni..

Semuanya milik DIA..jika hari ini kita sihat serta dapat menjalankan aktiviti secara normal esok belum tau lagi, sesungguhnya semuanya hanya pinjaman belaka. Harus redha dan bersyukur..

Kek Oren + orange cream cheese frosting


Talam pandan dan coklat buah tangan kenduri dirumah kawan.. 

Talam pandan dan kacang merah

Resipi kek oren dari KG (my favourite);

250g butter (sila gunakan butter yg bagus..)
250g castor sugar (kurangkan 230g )
4 biji telur A
250g tepung naik sendiri
85ml perahan oren segar (3 sudu makan)
11/2 sudu teh kulit oren
* saya tambah 1 sudu makan oren sunquick

Pukul butter dan gula hingga kembang, masukkan telur satu persatu. Terus masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit kedalam adunan butter. Kemudian jus oren, kulit oren dan oren sunquick.
Bakar pada 170C (depend pada oven) selama 40 min tapi kalau cupcake dalam 15-20min.

Cuba jangan tak cuba..


Monday, February 20, 2012

Nikmat Sihat dan Sakit

Assalamualaikum...

Semoga semua usaha mendapat keberkatanNya...
Sihat tu nikmat, sakit pun nikmat juga...dan peringatan untuk kita menghargai waktu sihat...badan rasa seram sejuk gigi pulak berdenyut2. Sakit gigi boleh berjangkit ke..hehe sebab ada orang tu last 2 weeks 2 kali pergi jumpa dentist hikhik...Mungkin juga balasan.. :o(

Nak bercerita pasal nasi minyak sebab semua org di rumah ni suka...saya beli beras Basmathi Jasmine - PUSA beras ni sangat panjang okay..dan sangat senang untuk dimasak..harga dia value for money la kan.2 kg dah 2 kali masak masih berbaki...Saya masak based on resipi Nasi Judah Asmah Laili tapi biaselah diubah sana sini..Saya juga masak Ayam Masala Berlada dan Udang Khayra -udang ni must try nt bila rajin kita post resipi ya..Tapi kan angel gambar ni x kena cannot see the chicken nor the udang...ni kes orang lapo ambik gambar..hehe


Salad ni lupa lah nama...reka2 sendiri lepas pergi makan nasi arab..
Timun, tomato (buang biji) potong dadu, daun ketumbar hiris, perahkan lemon, garam &gula klu suka.. 

Air pun ala-ala Arab juga..teh (pekat sikit) + daun pudina

Second time masak nasi beras Basmathi ni buat style Nasi Pilaf...inspired by Mumtaz ex-housemate masa final year dulu..keturunan Pakistan tapi dilahirkan di England. Mumtaz ni sangat pandai masak dan pantas di dapur...dan cantik ..student lelaki cuma dapat pandang je lah cos family dia jenis arranged marriage macam dlm cerita hindustan tu! Okay nanti boleh cerita lagi pasal Mumtaz memang byk memori ngan dia ni..

 Salad ni lagi...ratah aje pun sedap..

Nasi pilaf + ayam masala berlada..nak masak biryani pun bolehh..
Didihkan air dalam periuk, tak perlu ikut sukatan- tapi mesti lebih banyak dpd beras, masukkan
jintan manis dan beras- masak hingga nasi separuh masak (biji limau), toskan..
Dalam rice cooker (atau periuk biasa), lapiskan lauk kemudian nasi, dibuat selang seli sehingga habis..
biarkan masak dalam rice cooker seperti biasa..Selamat Mencuba!

Berdoa, Bersabar & Bersyukur...

Wednesday, February 15, 2012

We had fun!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah akhirnya hujan turun petang semalam, sejuk sikit bahang kepanasan yang berminggu2 melanda..saja nak berkongsi gambar aktiviti baking dengan anak-anak sewaktu cuti sekolah bulan Disember lepas. Permulaan kelas semuanya malu-malu kan.. cakap pun suara tak dengar..tapi lepas warm-up wahhh..suara cikgu pulak tak kedengaran...hahaha!



Thank u guys u all memang happening!

Monday, February 13, 2012

Silaturrahim...

Assalamualaikum...

Semoga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa bersama kita...Hujung minggu lepas antara minggu yang sibuk..Alhamdulillah..semenjak berbisnes kecilan ni senarai kenalan bertambah walaupun ada yang tak pernah berjumpa tapi berkali2 membuat tempahan..unik kan? Besides dapat jumpa kawan2 lama yg masih megingati diri ini cewahh..terima kasih atas sokongan kalian..Bersilaturrahim tu kan sunnah Nabi...

 Tema pink dan kelabu daripada Aisya .. sengaja buat deko yang 
berlainan untuk 2 kek bertingkat ni...bila diberitahu Aisya kata
 tak kisah Kak janji sedap..terharu dia beri penuh kepercayaan!
Aisya order melalui sepupunya Julia..thank u two!
 Red Velvet cake+cream cheese frosting+fresh flowers
 Untuk tempahan melebihi RM300 saya akan berikan pisau
percuma dengan tema sedondon...

 Pulut kuning sebagai hantaran tempahan daripada Kak Ani...geng gosip masa
kat ofis dulu..rindunya...dah dapat menantu dahh..tak sabar nak timang cucu katanya..

Kak Ani juga order fruit tartlets santapan dimeja pengantin dan
 bawah fruity cheesecake slice saya deko sikit- buah tangan untuk Kak Ani  



 Kedua-dua kek comel ni untuk anak2 Anne Darwish & Damya..
thanks Anne selalu ingat kat Akak..hehe 
 7 inch fruity cheesecake + buttercream frosting + edible image

In between kek2 diatas I made 10 boxes of fruity cheesecake slices 
yang all time favourite among my customers, made deliveries, 
pergi jemputan..hantar anak to tuition...hectic la sangat huhu 
tapi tu semua made possible with my other half...thanks all!

Bersabar & bersyukur...