Sunday, January 13, 2013

Melangkah ke 2013

Moga dalam rahmatNYa

Selamat Tahun baru 2013 pada semua...harap2 belum terlambat!
Hujung tahun dan awal tahun yang agak hectic bagi saya.. maklumlah menguruskan anak2 dan kebetulan kedua2 orang tua saya pun tak berapa sihat..berulang ke kampung..hospital...pusat dialisis walaupun penat tapi dengan izin Allah...walau sedikit khidmat saya kepada mereka...

KEsibukan suami juga membatas waktu untuk kami bercuti..hanya sempat ke KL (tu pun ikut suami outstation) dan ke Gambang dan Kuantan. Tapi tak pa yang...nanti boleh cover dengan percutian yang jauh sikitt...janji tetap janji tau ^o^

9in Red velvet cake+cream cheese
Thank u mummy & daddy Hanzalah


9in red velvet cake +cream cheese
Thank u Cikgu Suhaila
8in red velvet cake+cream cheese
untuk Syahmin..thanks Dr Za
Cinnamon Roll Sticky Bun+cream cheese
 untuk minum petang..lembut sangatt
Onion, mushroom,capsicum+ tomato foccacia bread
siapa teringin boleh lah place order!
Foccacia bread makan dengan Swedish Meatball
gravy yang sangat yummy
One of our dinner..Roasted Chicken +rosemary+lemon
+my special nushroom gravy+mashed potatoes


Foccaccia dengan bawang besar dan rosemary
(resipi Chef Wan)
2 1/2 sudu teh yis kering
1/2 cawan susu UHT, dipanaskan 40C
1 1/2 sudu besar minyak zaitun
1 cawan air, pada suhu bilik 
500g tepung serbaguna (saya guna separuh tepung roti)
2 sudu teh garam

1. Larutkan yis dgn susu sehingga berbuih, tambah minyak zaitun dan air-ketepikan
2. Campurkan tepung dan garam. Buat lubang ditengah dan masukkan No.1.
3. Adun dan uli selama 10 minit. Tutup doh dan biarkan dalam mangkuk bergris selama
    2 jam atau naik 1 kali ganda.
4. Tumbuk doh dan bahagi dua. Bulatkan dan leperkan sedikit.

Hias Atas
1/2 cawan walnut panggang & cincang(saya tak letak)
2 biji bawang besar, hiris dan goreng dgn minyak zaitun (atau minyak masak)
10 biji buah zaitun (klu ada)
1 sudu teh rosemary segar (yang kering pun bolehh)
(saya tambah capsicum, cendawan dan tomato, tumis bersama bawang tadi)

Campur semua bahan hias atas dan tabur atas doh. Biar doh naik selam sejam lagi sebelum dibakar
pada 200C selama setengah jam. 


Foccaccia ni sedap makan panas dan it keeps well in the fridge. Bila nak makan dipanaskan
sekejap. Sangat sesuai buat sandwich! Selamat mencuba!

Moga kita dapat memberi lebih banyak lagi sepanjang tahun ni!
Segala puji bagiNya!

Friday, December 7, 2012

Until we meet again...

Moga kalian dalam kasih sayang Nya...

A yearly affair untuk Iqa jumpa auntie laili...suka2 this time datang dengan ibunya ...2 kali suka! Kan..after sekian lama sampai juga ibu Iqa ke teratak kami..Seperti selalu birthday Iqa memang sakan dengan kek..dengarnya kek Mermaid tu dia tak bagi orang potong...ya lah kek comel macam tuannya. Ayah Iqa juga buat tempahan kek untuk kotak hantaran yang dia design.. memang Osem!

7 in Rainbow cake+fondant
7 in pulut kuning lapis rendang daging
Kek lapis coklat
8 in Devil food choc cake + choc ganache
Devil food choc cupcake + choc ganache
Pink bear fancy cookies 
Sampai jumpa lagi Iqa...
Moga jadi anak solehah yang mendoakan ibu dan ayah!

Sunday, December 2, 2012

Deepavali 2012

Moga ceria selalu!

Tempahan daripada Shamila untuk meraikan deepavali tahun ini...cornflake madu, tart nenas, blueberry cheesy tart, makmur, chocolate chip cookies, almond london,kek marble dan 5 biji kek kukus buah-buahan. Thanks Shamila dah 3 tahun berturut2 order dengan akak.


Kek kukus buah dan kek marble 
Makmur dan cornflake madu
Tart nenas dan blueberry cheesy tart

Senyum buat ceria ^o^

Saturday, December 1, 2012

Pengorbanan

Moga semua dalam kesejahteraan dan lindunganNya,

Sangat-sangat lama meninggalkan blog nih..banyak yang nak dicerita sampai tak tau nak mula dari mana..
Menjelang hariraya aidiladha tempoh hari saya menjadi agak sibuk yang tak dijangka, namun Alhamdulillah..

Tahun ketiga menempah kek harijadi untuk puteri tersayangnya,
tq siti - butter cake + buttercream + edible image

50pcs strawberry  marble cupcakes + buttercream juga untuk siti

Bingka ubi cheese tempahan dari Ani dan Kak Mon untuk santapan
dipagi aidiladha...sekali rasa memang nak lagi!

Kek marble dan kek marble cheese buttercake - thanks to Nazirah
and Zarina
Strawberry marble cupcakes untuk Imaan bawa ke jamuan
akhir tahun kelasnya
Chicken pie dan steak mushroom pie (beef) saya yang kian mendapat sambutan
Pengorbanan dalam apa juga bentuk moga dilakukan penuh keikhlasan demi mendapat redhaNya

Jumpa lagi!

Saturday, October 20, 2012

Selepas 2 minggu..

Assalamualaikum...

Telah mencuti kan diri selama 2 minggu..

Red velvet ..anak kak nab order ..lupalah namanya sori ya dik

Devil food choc cake untuk Cikgu tuition math Irfan, final class  before exam
moga Allah jua membalas budi baik cikgu Zamri

Kek present untuk my neighbour n my friend

12in Red Velvet cake + 2 cute fondant bears
thanks azie..sooo much!

Kek Marble

Assalamualaikum

Moga ceria dan dalam lindunganNya.
Marble cake ada peminat tersendiri termasuk sayalah tu. Selalunya saya buat untuk diberi sebagai buah tangan..ramai kata sedap and buat tempahan,simply rich butter cake!

Sama tapi tak serupa..
kiri Marble Butter Cheesecake, kanan; Rich  Marble Cake
Rich Marble cake ...sangat moist and super buttery (?)
RM40
Marble Butter Cheesecake..mocca flavour tu yang pale je colour dia
RM45
Tempahan dibuka untuk Aidiladha 1433H dan seterusnya...

Sampai jumpa

Thursday, September 27, 2012

Ia Datang dan Pergi...

Assalamualaikum..

Moga semua dalam rahmat dan kasih sayangNya!

Luluh hati bila melihat orang-orang yang kita sayang dalam kesakitan sehingga terlantar ... yang dulunya lincah dan aktif ke sana ke mari.. Pada masa yang sama menginsafi betapa lah sesungguhnya tiada daya upaya melainkan dengan izinNya! Sebenarnya Aidilfitri lalu ibu mertua dan ibu saya sendiri tidak sihat dan dimasukkan ke hospital, ibu mertua menjelang Aidilfitri manakala ibu saya seminggu selepas itu. Jadi, Aidilfitri kali ini datang dan pergi dengan agak sayu bagi saya sekeluarga..

Kerana itulah blog ini agak kesepian dan saya sendiri baru sahaja sihat dari serangan selsema yang adush.. sangat menyeksakan (padahal sangat sedikit berbanding kesakitan ibu saya). Moga kedua2 ibu saya bertambah sihat...doakan sama ya!

Macamana pun aktiviti mem'baking' masih diteruskan hanya untuk yang saya telah commit saja..

Atas: 7 in Rainbow cake + cream cheese layers+buttercream+edible image
Bawah: 12 in Devilfood Choc cake + choc ganache
terima kasih Rafiah!

12 in Rainbow cake +cream cheese layers+buttercream+fondant figurine
Thanks Ila dan Azie
12in red velvet cake+creamcheese layers + frosting+fondant figurine
PORORO theme (I didn't know what pororo is until I made this)
Thanks Farah
 Alia anak kedua dah beberapa tahun ni celebrate birthday dia during Ramadhan..kesian dia it was really simple but she didn't mind (hope she really meant it!) and only requested Cream Caramel for her 'cake' suka lah mama..senang kerja kan.. Thank u sayang..for being anak yang baik, mendengar kata, moga berjaya dunia dan akhirat!
Gadis ayu mana pulak ni...heheeee
Alia's Cream Caramel 
12in Red Velvet Cake + 50pcs red velvet cupcake
Terima kasih byk pada tn hj Aziz sekeluarga

Nak share resipi Cream Caramel yang kat atas tu..sangat yummy and must try!

Sumber : Chef Kamarul

5 biji telur (A)
500ml susu (saya guna UHT)
100ml Double Cream (saya guna UHT whipping cream)
1 cwn gula
1 sudu teh vanilla
1 cwn gula (jadikan gula hangus- saya kurangkan kepada 3/4 cwn)

Satukan kesemua bahan kecuali gula hangus, pukul sedikit dengan whisker kemudian tapis.
Masukkan gula hangus dalam loyang bulat berukuran 8 inci, tuangkan bahan yang ditapis ke dalam loyang berisi gula hangus. Bakar secara water bath dalam oven selama 40 minit - 170C.

Selamat mencuba!

Ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara..
Sihat sebelum sakit!