Showing posts with label bingka ubi cheese. Show all posts
Showing posts with label bingka ubi cheese. Show all posts

Saturday, December 1, 2012

Pengorbanan

Moga semua dalam kesejahteraan dan lindunganNya,

Sangat-sangat lama meninggalkan blog nih..banyak yang nak dicerita sampai tak tau nak mula dari mana..
Menjelang hariraya aidiladha tempoh hari saya menjadi agak sibuk yang tak dijangka, namun Alhamdulillah..

Tahun ketiga menempah kek harijadi untuk puteri tersayangnya,
tq siti - butter cake + buttercream + edible image

50pcs strawberry  marble cupcakes + buttercream juga untuk siti

Bingka ubi cheese tempahan dari Ani dan Kak Mon untuk santapan
dipagi aidiladha...sekali rasa memang nak lagi!

Kek marble dan kek marble cheese buttercake - thanks to Nazirah
and Zarina
Strawberry marble cupcakes untuk Imaan bawa ke jamuan
akhir tahun kelasnya
Chicken pie dan steak mushroom pie (beef) saya yang kian mendapat sambutan
Pengorbanan dalam apa juga bentuk moga dilakukan penuh keikhlasan demi mendapat redhaNya

Jumpa lagi!

Tuesday, February 7, 2012

Cahaya atas cahaya...


Assalamualaikum...

Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w. yang tanpanya kita tidak dapat nikmat Iman dan Islam, pembawa rahmat kepada sekalian makhluk...dan daripadanya lah kita harapkan syafaat..

Cuti hujung minggu yang panjang...Alhamdulillah..time well spent with family I hope..
On what I did sepanjang cuti...

Buat pancake untuk Alia and her friends..untuk lunch 
buatkan shepherd's pie (gambar dah selalu tengokkan..)
Pancake ni pernah promise nak post resipinya..resipi makcik Martha
2 cwn tepung gandum
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda biarbonate
1/2 sudu teh garam
3 sudu makan gula
2 biji telur (A) -  pukul sedikit
3 cwn buttermilk (saya guna susu UHT je)
4 sudu makan butter

Campurkan semua.. bahan basah dulu, masukkan bahan kering ya..
kemudian tapis (penting ni klu tak berbintil2 pulak pancake)
Kalau boleh biarkan adunan rehat sekejap dlm 10 minit..
Panaskan kuali, sapukan butter sedikit, masukkan sesenduk adunan
dan balikkan bila tepi pancake dah berlubang2.
Makan dengan madu atau jem atau anything yang manis sbb pancake ni lemak rasanya..
Selamat mencuba!


 Second time wat buah melaka dlm seminggu ni campurkan tepung pulut dgn keledek oren..
cantik kan warnanya...first time buat tak cukup..tak caya cuba buat..


 Talam pandan dan kacang merah...bawa ke rumah jiran sempena majlis
maulidur rasul
Dah lama tak buat pau ..sebab phobia selalu buat tak gebu dan licin...
Tapi resipi ni sangat bagus ...pau yang gebuss dengan homemade inti kelapa...suka3
demi anak2 ku..huhuhu


Oven baked chicken salut dengan cornflake..healthy sikit gituu
Ini la budak yang boring cuti lama sangat katanya..
so dia buatkan mama dia love tree...love u too sweet darling!