Alhamdulillah...pagi yang sejuk dan nyaman, lama tak berentry ada yang rindu tuuu hehe..ramai silent follower kat luar tu kan kan.. perasan! Ok what happen bila cuaca sejuk - mood : makan! Dengan anak-anak di rumah kepala ligat dah memikir apa yang nak dimasak..ok wish me luck lah ya..
Nak share cerita kek oren..somehow kek oren ni favourite mak-mak kita betul tak cos rasanya zaman dulu-dulu mana ada cheese cake or red velvet bagai kan .. ;o). Kek ni juga favourite mak kawan yg juga jiran, so I baked her orange cake in cupcake sizes sebelum mak dia due for operation, knew that it is not that healthy for her tapi a little wouldn't hurt I guess.. and just to cheer her up. Mak kawan tu disahkan cancer usus tahap 1 dan dah pun selamat menjalani operation dan sedang berehat...moga cepat sembuh dan tabah menghadapi ujian ini. Untuk kawan saya tu moga dikurniakan ganjaran hebat oleh Allah atas kesabaran menjaga ibunya..tak semua orang dapat peluang ni..
Semuanya milik DIA..jika hari ini kita sihat serta dapat menjalankan aktiviti secara normal esok belum tau lagi, sesungguhnya semuanya hanya pinjaman belaka. Harus redha dan bersyukur..
Kek Oren + orange cream cheese frosting |
Talam pandan dan coklat buah tangan kenduri dirumah kawan..
Talam pandan dan kacang merah
Resipi kek oren dari KG (my favourite);
250g butter (sila gunakan butter yg bagus..)
250g castor sugar (kurangkan 230g )
4 biji telur A
250g tepung naik sendiri
85ml perahan oren segar (3 sudu makan)
11/2 sudu teh kulit oren
* saya tambah 1 sudu makan oren sunquick
Pukul butter dan gula hingga kembang, masukkan telur satu persatu. Terus masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit kedalam adunan butter. Kemudian jus oren, kulit oren dan oren sunquick.
Bakar pada 170C (depend pada oven) selama 40 min tapi kalau cupcake dalam 15-20min.
Cuba jangan tak cuba..

No comments:
Post a Comment