Showing posts with label focaccia. Show all posts
Showing posts with label focaccia. Show all posts

Sunday, January 13, 2013

Melangkah ke 2013

Moga dalam rahmatNYa

Selamat Tahun baru 2013 pada semua...harap2 belum terlambat!
Hujung tahun dan awal tahun yang agak hectic bagi saya.. maklumlah menguruskan anak2 dan kebetulan kedua2 orang tua saya pun tak berapa sihat..berulang ke kampung..hospital...pusat dialisis walaupun penat tapi dengan izin Allah...walau sedikit khidmat saya kepada mereka...

KEsibukan suami juga membatas waktu untuk kami bercuti..hanya sempat ke KL (tu pun ikut suami outstation) dan ke Gambang dan Kuantan. Tapi tak pa yang...nanti boleh cover dengan percutian yang jauh sikitt...janji tetap janji tau ^o^

9in Red velvet cake+cream cheese
Thank u mummy & daddy Hanzalah


9in red velvet cake +cream cheese
Thank u Cikgu Suhaila
8in red velvet cake+cream cheese
untuk Syahmin..thanks Dr Za
Cinnamon Roll Sticky Bun+cream cheese
 untuk minum petang..lembut sangatt
Onion, mushroom,capsicum+ tomato foccacia bread
siapa teringin boleh lah place order!
Foccacia bread makan dengan Swedish Meatball
gravy yang sangat yummy
One of our dinner..Roasted Chicken +rosemary+lemon
+my special nushroom gravy+mashed potatoes


Foccaccia dengan bawang besar dan rosemary
(resipi Chef Wan)
2 1/2 sudu teh yis kering
1/2 cawan susu UHT, dipanaskan 40C
1 1/2 sudu besar minyak zaitun
1 cawan air, pada suhu bilik 
500g tepung serbaguna (saya guna separuh tepung roti)
2 sudu teh garam

1. Larutkan yis dgn susu sehingga berbuih, tambah minyak zaitun dan air-ketepikan
2. Campurkan tepung dan garam. Buat lubang ditengah dan masukkan No.1.
3. Adun dan uli selama 10 minit. Tutup doh dan biarkan dalam mangkuk bergris selama
    2 jam atau naik 1 kali ganda.
4. Tumbuk doh dan bahagi dua. Bulatkan dan leperkan sedikit.

Hias Atas
1/2 cawan walnut panggang & cincang(saya tak letak)
2 biji bawang besar, hiris dan goreng dgn minyak zaitun (atau minyak masak)
10 biji buah zaitun (klu ada)
1 sudu teh rosemary segar (yang kering pun bolehh)
(saya tambah capsicum, cendawan dan tomato, tumis bersama bawang tadi)

Campur semua bahan hias atas dan tabur atas doh. Biar doh naik selam sejam lagi sebelum dibakar
pada 200C selama setengah jam. 


Foccaccia ni sedap makan panas dan it keeps well in the fridge. Bila nak makan dipanaskan
sekejap. Sangat sesuai buat sandwich! Selamat mencuba!

Moga kita dapat memberi lebih banyak lagi sepanjang tahun ni!
Segala puji bagiNya!

Wednesday, August 8, 2012

Nak buka ape?

Assalamualaikum..

Moga masih beristiqamah...ingatan untuk diri sendiri..!
Jom layan gambar juadah berbuka kami..

Swedish meatballs..sedap sangat sila ke taste.com.au utk resipi

Caesar salad ...my version..siap crouton lagi

Foccacia bread

Sardine Puff segera..saya guna roti canai segera Kawan, masukkan inti,
lipat dua, sapu telur sebelum dibakar..wallah!
Nampak tak manggo lassi in the background
Yogurt drink flavour manggo+buah mangga+susu UHT+madu+ais-blend together
hari-hari mau..hikhik

Home made pizza..with home made tomato sauce

Spaghetti olio..my style


Tuesday, July 10, 2012

Sarapan ape?

Assalamualaikum...
Moga semuanya dalam rahmatNya...
Biasanya kalau saya rasa mata saya biru saya akan prepare breakfast ala orang putih gitu....hahaha  jangan marah aaa...roti, kentang atau telur ..caranya pulak pelbagai lah kan di goreng, di scramble, di bakar...lagipun saya ada allergic makan nasi lemak waktu pagi..rasa ngantuk dan letih jerr..

Nak tayang focaccia sandwich saya...kan hari tu ada mention nak buat kan..ni 2nd time buat focaccia bread uli tangan je hasilnya not bad...isi sandwich..chicken meatloaf+mayonaise+lada hitam+lada sulah+minyak bijan(bahan rahsia ni...) - gaul semua bahan..boleh juga guna tuna atau telur rebus..


Focaccia sandwich
Ni pulak, my favourite celebrity chef Rachel Allen! Buah tangan masa ikut hubby gi KL cuti sekolah lepas...best sangat okay resipi pun simple to follow dah baca cover to cover dan dah tanda mana yang must try...excited sangat daripada resipi masakan hingga lah nak buat homemade jem and preservatives semua ada...good investment!! 


Resipi pertama saya cuba, srambled eggs dengan tomato dan daun  ketumbar

Butter (lebih kurang 2 sudu makan)
1 biji tomato - potong dadu
4 biji telur
3 sudu makan susu (saya guna UHT)
Garam (saya tak letak sebab guna salted butter)
serbuk lada hitam
1 sudu makan daun ketumbar

Panaskan butter masukkan tomato biar masak sedikit, masukkan pula telur yang dah dipukul dengan susu dan bahan2 lain masak jangan sampai garing..dah siap..letak atas roti dan bakar kejap, saya tambah cheese sebelum dibakar ..tak semestinya untuk breakfast aje..anytime pun boleh!

Komen anak saya...sedaplah ma esok buat lagi..bagus kan get them to eat the tomatoes..

Okay next time kita cuba resipi yang mencabar sikit hikhik..

Alhamdulillah!

Monday, June 18, 2012

Rehat...terlebih sudah!

Assalamualaikum semua

Moga dalam rahmatNya sentiasa..
Kenapalah rasa berat sangat tangan nak update blog ni...akibat rehat yang panjang sempena cuti sekolah terbawa2 pulak..Bukan tak ada content nak update tapiii.... Inquiry pasal biskut raya pun dan bertubi2 ...

Cuti yang tak dirancang telah membawa kami sampai ke Pulau Mutiara...mulanya hanya nak temankan Incik suami outstation ke KL melarat2 pulak...tapi seronok! Yang tak seronoknya ... gulai tempoyak kat hentian Sungai Perak (dulu saya pernah makan kat sini sgt sedap ok) sangat menghampakan begitu jugak dengan pasembor kat Padang Kota Lama..tapi harganya MasyaAllah! Tulah akibat nak kejar keuntungan..kualiti diketepikan! Mungkin juga kekangan masa kami tak sempat la nak explore lebih2..gambar pun tak dapat nak upload bcos the professional photographer tak jumpa cabel camera..ada kaa! Grrrr

Tapi tak pe kita layanlah gambar2 ni ya..

Always plan your work :o)

Cupcakes order by Kak Nor (my SIL) untuk bawa balik Kedah..jauh nooo!
Thks Kak Nor
Orange and marble cupcakes 
Cappucino marble cupcakes
 Cupcakes untuk hantaran tq Alina!

Puding Karamel terima kasih Datin Karmila!

 Focaccia bread..the best! Punya lah google resipi rupanya dalam buku resipi Chef Wan ada..terus cuba dan hasilnya sangat suka! The next day saya panaskan semula leftover dan kembali lembut dan crispy..best2. Lepas ni nak buat sandwich guna focaccia ni macam kat Pizza Hut hehe..


Topping..rosemary, capsicum, bawang, tomato
Pasrah...redha..