Showing posts with label talam. Show all posts
Showing posts with label talam. Show all posts

Monday, March 12, 2012

Semuanya Milik DIA

Assalamualaikum..

Alhamdulillah...pagi yang sejuk dan nyaman, lama tak berentry ada yang rindu tuuu hehe..ramai silent follower kat luar tu kan kan.. perasan! Ok what happen bila cuaca sejuk - mood : makan! Dengan anak-anak di rumah kepala ligat dah memikir apa yang nak dimasak..ok wish me luck lah ya..

Nak share cerita kek oren..somehow kek oren ni favourite mak-mak kita betul tak cos rasanya zaman dulu-dulu mana ada cheese cake or red velvet bagai  kan .. ;o). Kek ni juga favourite mak kawan yg juga jiran, so I baked her orange cake in cupcake sizes sebelum mak dia due for operation, knew that it is not that healthy for her tapi a little wouldn't hurt I guess..  and just to cheer her up. Mak kawan tu disahkan cancer usus tahap 1 dan dah pun selamat menjalani operation dan sedang berehat...moga cepat sembuh dan tabah menghadapi ujian ini. Untuk kawan saya tu moga dikurniakan ganjaran hebat oleh Allah atas kesabaran menjaga ibunya..tak semua orang dapat peluang ni..

Semuanya milik DIA..jika hari ini kita sihat serta dapat menjalankan aktiviti secara normal esok belum tau lagi, sesungguhnya semuanya hanya pinjaman belaka. Harus redha dan bersyukur..

Kek Oren + orange cream cheese frosting


Talam pandan dan coklat buah tangan kenduri dirumah kawan.. 

Talam pandan dan kacang merah

Resipi kek oren dari KG (my favourite);

250g butter (sila gunakan butter yg bagus..)
250g castor sugar (kurangkan 230g )
4 biji telur A
250g tepung naik sendiri
85ml perahan oren segar (3 sudu makan)
11/2 sudu teh kulit oren
* saya tambah 1 sudu makan oren sunquick

Pukul butter dan gula hingga kembang, masukkan telur satu persatu. Terus masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit kedalam adunan butter. Kemudian jus oren, kulit oren dan oren sunquick.
Bakar pada 170C (depend pada oven) selama 40 min tapi kalau cupcake dalam 15-20min.

Cuba jangan tak cuba..


Tuesday, February 7, 2012

Cahaya atas cahaya...


Assalamualaikum...

Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w. yang tanpanya kita tidak dapat nikmat Iman dan Islam, pembawa rahmat kepada sekalian makhluk...dan daripadanya lah kita harapkan syafaat..

Cuti hujung minggu yang panjang...Alhamdulillah..time well spent with family I hope..
On what I did sepanjang cuti...

Buat pancake untuk Alia and her friends..untuk lunch 
buatkan shepherd's pie (gambar dah selalu tengokkan..)
Pancake ni pernah promise nak post resipinya..resipi makcik Martha
2 cwn tepung gandum
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda biarbonate
1/2 sudu teh garam
3 sudu makan gula
2 biji telur (A) -  pukul sedikit
3 cwn buttermilk (saya guna susu UHT je)
4 sudu makan butter

Campurkan semua.. bahan basah dulu, masukkan bahan kering ya..
kemudian tapis (penting ni klu tak berbintil2 pulak pancake)
Kalau boleh biarkan adunan rehat sekejap dlm 10 minit..
Panaskan kuali, sapukan butter sedikit, masukkan sesenduk adunan
dan balikkan bila tepi pancake dah berlubang2.
Makan dengan madu atau jem atau anything yang manis sbb pancake ni lemak rasanya..
Selamat mencuba!


 Second time wat buah melaka dlm seminggu ni campurkan tepung pulut dgn keledek oren..
cantik kan warnanya...first time buat tak cukup..tak caya cuba buat..


 Talam pandan dan kacang merah...bawa ke rumah jiran sempena majlis
maulidur rasul
Dah lama tak buat pau ..sebab phobia selalu buat tak gebu dan licin...
Tapi resipi ni sangat bagus ...pau yang gebuss dengan homemade inti kelapa...suka3
demi anak2 ku..huhuhu


Oven baked chicken salut dengan cornflake..healthy sikit gituu
Ini la budak yang boring cuti lama sangat katanya..
so dia buatkan mama dia love tree...love u too sweet darling!

Friday, January 27, 2012

Kuih Talam Nyonya

Assalamualaikum...

Apa beza kuih talam biasa dgn kuih talam nyonya ya...daripada perbandingan bahan kuih talam nyonya tidak menggunakan tepung gandum tapi lebih kepada penggunaan tepung beras, tepung sagu dan tepung ubi..dan di Smashingly kami menggunakan pati santan (kotak) supaya talam tidak cepat rosak/basi..

Asyik buat kek dan pastry jangan lupakan kuih muih tradisional/tempatan yang tak kurang hebatnya...Harga talam bermula daripada RM25 bergantung pada jenis talam...Sesuai untuk meja manisan (dessert table) semasa majlis jamuan/kesyukuran/perkahwinan.

Kuih lapis (sangat cantik on the table)

Bingka Ubi dan Cheese (to die for!)

Talam Pulut Ubi & Sekaya

Talam Ubi Pancawarna