Showing posts with label kek pengantin. Show all posts
Showing posts with label kek pengantin. Show all posts

Thursday, September 27, 2012

Ia Datang dan Pergi...

Assalamualaikum..

Moga semua dalam rahmat dan kasih sayangNya!

Luluh hati bila melihat orang-orang yang kita sayang dalam kesakitan sehingga terlantar ... yang dulunya lincah dan aktif ke sana ke mari.. Pada masa yang sama menginsafi betapa lah sesungguhnya tiada daya upaya melainkan dengan izinNya! Sebenarnya Aidilfitri lalu ibu mertua dan ibu saya sendiri tidak sihat dan dimasukkan ke hospital, ibu mertua menjelang Aidilfitri manakala ibu saya seminggu selepas itu. Jadi, Aidilfitri kali ini datang dan pergi dengan agak sayu bagi saya sekeluarga..

Kerana itulah blog ini agak kesepian dan saya sendiri baru sahaja sihat dari serangan selsema yang adush.. sangat menyeksakan (padahal sangat sedikit berbanding kesakitan ibu saya). Moga kedua2 ibu saya bertambah sihat...doakan sama ya!

Macamana pun aktiviti mem'baking' masih diteruskan hanya untuk yang saya telah commit saja..

Atas: 7 in Rainbow cake + cream cheese layers+buttercream+edible image
Bawah: 12 in Devilfood Choc cake + choc ganache
terima kasih Rafiah!

12 in Rainbow cake +cream cheese layers+buttercream+fondant figurine
Thanks Ila dan Azie
12in red velvet cake+creamcheese layers + frosting+fondant figurine
PORORO theme (I didn't know what pororo is until I made this)
Thanks Farah
 Alia anak kedua dah beberapa tahun ni celebrate birthday dia during Ramadhan..kesian dia it was really simple but she didn't mind (hope she really meant it!) and only requested Cream Caramel for her 'cake' suka lah mama..senang kerja kan.. Thank u sayang..for being anak yang baik, mendengar kata, moga berjaya dunia dan akhirat!
Gadis ayu mana pulak ni...heheeee
Alia's Cream Caramel 
12in Red Velvet Cake + 50pcs red velvet cupcake
Terima kasih byk pada tn hj Aziz sekeluarga

Nak share resipi Cream Caramel yang kat atas tu..sangat yummy and must try!

Sumber : Chef Kamarul

5 biji telur (A)
500ml susu (saya guna UHT)
100ml Double Cream (saya guna UHT whipping cream)
1 cwn gula
1 sudu teh vanilla
1 cwn gula (jadikan gula hangus- saya kurangkan kepada 3/4 cwn)

Satukan kesemua bahan kecuali gula hangus, pukul sedikit dengan whisker kemudian tapis.
Masukkan gula hangus dalam loyang bulat berukuran 8 inci, tuangkan bahan yang ditapis ke dalam loyang berisi gula hangus. Bakar secara water bath dalam oven selama 40 minit - 170C.

Selamat mencuba!

Ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara..
Sihat sebelum sakit!

Tuesday, June 19, 2012

Kamu No.1!

Assalamualaikum..

Moga kalian dalam kesihatan dan kelapangan...

Minggu menyambut hari bapa..insan no.1 dalam keluarga yang bertanggungjawab membimbing duniawi dan ukhrawi serta memastikan kecukupan material dan kasih sayang dan yang menentukan keluarga yang bagaimana kah nanti akhirnya...banyak pengorbanan serta berat tanggungjawab yang digalas semoga mereka diberikan kemudahan dan kebijaksanaan dalam melaksanakannya!

7inx8in red velvet cake+cream cheese layers+fondant



U are no.1 for us from Irfan.M, Alia.M and Imaan.M
...the creative hand of Irfan.M!

Hit counter dah melebihi 10000! Thank you all!



Sunday, May 27, 2012

Segala puji bagiNya..

Assalamualaikum...
Moga kalian dalam rahmatNya dan kesihatan..
I am not going to write much let the pictures speak for themselves! What I thought were impossible were well dipermudahkan olehNya..
Masa untuk mengemas rumah yang telah terabai selama seminggu and mata I dah sakit ok tengok all the habukss and TLC for hubby and my three angels..
33 pcs Red velvet+cream cheese+fondant
16pcs choc cake +buttercream+fondant+box
sweet colours I like!!
9in red velvet+cream cheese+50pcs red velvet cupcakes+DIY cake stand
more closer look
thank u datin!
My DIY cake stand now available starting from RM 15
7in and 9in red velvet+cream cheese+fresh roses
thank u Nana & family

9in red velvet+25pcs red velvet cupcakes+cream cheese+red roses+DIY cake stand
thanks kak nane & her cousin

9in fruity cheesecake+buttercream+12in red velvet+cream cheese+fresh roses
my favourite..I love the colours!! Tqvm Za!
2 types of cakes with 2 types of frosting warna pun nampak lain
8in rainbow cake+cream cheese layers+buttercream+fondant
so so sweeet..
thanks to Diha & haifaa
rainbow cake very nice..both the colours and the taste!

Thank u all! Red velvet is still the winner!

Bersyukur..bersyukur !

Saturday, May 19, 2012

The weekend that was...

Assalamualaikum..
Moga semua dalam kasih sayangNya...
Its going to be super busy week ahead of me moga Allah beri kesihatan dan kelapangan dan kemudahan...juga kepada semua pengikut/pembaca SmashingLY! Tiada daya upaya melainkan dengan izin Nya.. 
Terima kasih Ita & pengantin..
9in red velvet cake+creamcheese+fresh flowers
Pulut kuning lapis daging hidangan di meja pengantin
25pcs Chocolate cupcakes merah/purple
 Thanks lin & staf Kontena Nasional PG..
7in red velvet cake+creamcheese+fondant
Terima kasih Siti..
7in red velvet cake+creamcheese+fondant

Sunday, March 25, 2012

Kalau Dah Jodoh...

Assalamualaikum,

Moga hari minggu yang baru lalu membahagiakan semua...I certainly knew that it was the happiest moment for my brother in law (BIL) and his bride..Walau telah terpisah dan masing-masing membawa haluan sendiri..tapi kalau dah jodoh dan ketentuan Allah itu adalah pasti...akhirnya mereka berdua bertemu semula..macam drama slot Akasia..ahaks..Walau apa pun kami doakan yang terbaik untuk kalian berdua...

Sebagai ipar mithali hehe.. saya pun memvolunteer untuk sediakan kek hantaran ..
 Devil Food choc cake +choc ganache+fondant


 Cookies Tray..Almost Famous Amos, Tart Teratai & Fancy Cookies


 My sweet darlings..
Moga bahagia ke akhirnya...

Saya nak ucapkan syabas kepada ipar2 saya..kakak dan diha atas usaha menyediakan bekas2 hantaran..rasanya we all ni ada talent la kan buat bekas hantaran...so apa lagi guys bole wat bisnes nih..

Segala puji bagi Allah!

Saturday, March 17, 2012

Purple Wedding

Assalamualaikum..

Thanks to Julia ... kali ketiga dia order red velvet wedding cake, first time for her own wedding, the rest on behalf of her friends...This time its purple and gold and she wanted it simple..so I put shades of purple rosette using buttercream...Selamat Pengantin Baru kepada Dr Murni & pasanganny!



9" Red Velvet + Cream cheese frosting + buttercream deco

Wednesday, March 14, 2012

Aku Milikmu

Assalamualaikum..

Moga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa bersama kita..
Tiada apa yang lebih membahagiakan daripada 2 hati yang disatukan dengan ikatan...dapat tempahan daripada pasangan yang sangat comel dan sepadan ..Selamat Bertunang Ila!

 Fruity cheesecake + chocolate + fresh fruits

 Red Velvet Cake + Cream cheese Frosting + fresh flowers


Monday, February 13, 2012

Silaturrahim...

Assalamualaikum...

Semoga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa bersama kita...Hujung minggu lepas antara minggu yang sibuk..Alhamdulillah..semenjak berbisnes kecilan ni senarai kenalan bertambah walaupun ada yang tak pernah berjumpa tapi berkali2 membuat tempahan..unik kan? Besides dapat jumpa kawan2 lama yg masih megingati diri ini cewahh..terima kasih atas sokongan kalian..Bersilaturrahim tu kan sunnah Nabi...

 Tema pink dan kelabu daripada Aisya .. sengaja buat deko yang 
berlainan untuk 2 kek bertingkat ni...bila diberitahu Aisya kata
 tak kisah Kak janji sedap..terharu dia beri penuh kepercayaan!
Aisya order melalui sepupunya Julia..thank u two!
 Red Velvet cake+cream cheese frosting+fresh flowers
 Untuk tempahan melebihi RM300 saya akan berikan pisau
percuma dengan tema sedondon...

 Pulut kuning sebagai hantaran tempahan daripada Kak Ani...geng gosip masa
kat ofis dulu..rindunya...dah dapat menantu dahh..tak sabar nak timang cucu katanya..

Kak Ani juga order fruit tartlets santapan dimeja pengantin dan
 bawah fruity cheesecake slice saya deko sikit- buah tangan untuk Kak Ani  



 Kedua-dua kek comel ni untuk anak2 Anne Darwish & Damya..
thanks Anne selalu ingat kat Akak..hehe 
 7 inch fruity cheesecake + buttercream frosting + edible image

In between kek2 diatas I made 10 boxes of fruity cheesecake slices 
yang all time favourite among my customers, made deliveries, 
pergi jemputan..hantar anak to tuition...hectic la sangat huhu 
tapi tu semua made possible with my other half...thanks all!

Bersabar & bersyukur...