Thursday, September 27, 2012

Ia Datang dan Pergi...

Assalamualaikum..

Moga semua dalam rahmat dan kasih sayangNya!

Luluh hati bila melihat orang-orang yang kita sayang dalam kesakitan sehingga terlantar ... yang dulunya lincah dan aktif ke sana ke mari.. Pada masa yang sama menginsafi betapa lah sesungguhnya tiada daya upaya melainkan dengan izinNya! Sebenarnya Aidilfitri lalu ibu mertua dan ibu saya sendiri tidak sihat dan dimasukkan ke hospital, ibu mertua menjelang Aidilfitri manakala ibu saya seminggu selepas itu. Jadi, Aidilfitri kali ini datang dan pergi dengan agak sayu bagi saya sekeluarga..

Kerana itulah blog ini agak kesepian dan saya sendiri baru sahaja sihat dari serangan selsema yang adush.. sangat menyeksakan (padahal sangat sedikit berbanding kesakitan ibu saya). Moga kedua2 ibu saya bertambah sihat...doakan sama ya!

Macamana pun aktiviti mem'baking' masih diteruskan hanya untuk yang saya telah commit saja..

Atas: 7 in Rainbow cake + cream cheese layers+buttercream+edible image
Bawah: 12 in Devilfood Choc cake + choc ganache
terima kasih Rafiah!

12 in Rainbow cake +cream cheese layers+buttercream+fondant figurine
Thanks Ila dan Azie
12in red velvet cake+creamcheese layers + frosting+fondant figurine
PORORO theme (I didn't know what pororo is until I made this)
Thanks Farah
 Alia anak kedua dah beberapa tahun ni celebrate birthday dia during Ramadhan..kesian dia it was really simple but she didn't mind (hope she really meant it!) and only requested Cream Caramel for her 'cake' suka lah mama..senang kerja kan.. Thank u sayang..for being anak yang baik, mendengar kata, moga berjaya dunia dan akhirat!
Gadis ayu mana pulak ni...heheeee
Alia's Cream Caramel 
12in Red Velvet Cake + 50pcs red velvet cupcake
Terima kasih byk pada tn hj Aziz sekeluarga

Nak share resipi Cream Caramel yang kat atas tu..sangat yummy and must try!

Sumber : Chef Kamarul

5 biji telur (A)
500ml susu (saya guna UHT)
100ml Double Cream (saya guna UHT whipping cream)
1 cwn gula
1 sudu teh vanilla
1 cwn gula (jadikan gula hangus- saya kurangkan kepada 3/4 cwn)

Satukan kesemua bahan kecuali gula hangus, pukul sedikit dengan whisker kemudian tapis.
Masukkan gula hangus dalam loyang bulat berukuran 8 inci, tuangkan bahan yang ditapis ke dalam loyang berisi gula hangus. Bakar secara water bath dalam oven selama 40 minit - 170C.

Selamat mencuba!

Ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara..
Sihat sebelum sakit!

No comments:

Post a Comment