Sunday, April 29, 2012

Kisah Roti...

Assalamualaikum...

Moga semua dalam kesihatan dan rahmat Nya..

Roti makanan ruji selain nasi and healthy too :) ...Roti sememangnya senang nak dibuat cuma mungkin perlu tau teknik kot...teknikal lah sangattt  haha...and a lot of kesabaran...tapi bila dah tau buat asyik nak buat je sampai jemu la orang yg terpaksa makan hikhik..Tapi so far tak da lah yg terpaksa makan...berebut2 lagi adalah...anak2 saya la tuhh...especially roti panas baru keluar dari oven hemmm semerbak satu rumah..
Empat tahun lepas saya mengikuti kursus pembuatan roti dan pastri di MARDI Serdang..sangat2 berbaloi walaupun terpaksa membuat pelaburan dari poket sendiri...ehmm..poket my other half actually..
Melihat pada peralatan di Mardi tu berkobar2 semangat... ya lah peralatan standard kilang roti!
Saya tak meggunakan bread improver or softener untuk roti2 saya kerana bahan kimia didalamnya tapi menitik beratkan teknik menguli roti jadi kesabaran tu sgt kritikal..ambil masa yang lama kalau uli tgn la kan..yang terpenting buat stretching test  ..ambil secubit adunan leperkan dan tarik sekiranya cepat terkoyak atau terputus maknanya belum jadi lagilah...uli lagi sehingga apabila adunan ditarik tak mudah terkoyak.








Resipi Sweet Bun Dough (Sumber:Alan Ooi)
Bahan A
330g tepung roti
1/2 st garam
1 1/2 sm susu tepung
60g gula caster
Bahan B
1 biji telur (gred A)
Bahan C (dicampurkan)
120ml air
10g yis segera (serbuk)
Bahan D
40g butter

Satukan bahan A -gaul kan , masukkan bahan B, bahan C sedikit demi sedikit - gaul semua bahan hingga sebati dan menjadi doh yang boleh diuli, seterusnya masukkan bahan D dan uli hingga doh menjadi lembut dan licin. Lakukan stretching test.. Sekiranya uli dengan tangan setiap step akan mengambil masa yang lebih  lama berbanding mesin. Masukkan doh ke dalam bekas yang besar sedikit yang telah disapu butter/majerin,  tutup bekas dengan tuala lembap dan biarkan selama 30-40 minit sehingga naik 2 kali ganda. Keluarkan doh yang telah naik 2 kali ganda dan tumbuk doh dan uli sedikit dan seterusnya bentuk kan doh mengikut citarasa..


Tips saya untuk menaikkan doh dengan cepat - panas kan oven sebentar (sekejap sahaja hingga terasa hangat) dan offkan, masukkan bekas berisi doh dan bertutup tuala lembap ke dalam oven hingga doh naik 2 kali ganda. Selamat membuat roti!

Teringat masa kecik2 dulu...mak selalu buat roti naik sinonim dengan orang Johor kann..we all akan tunggu roti masak..mak akan sapu majerin right after keluar dari oven ..and we cant wait bila tengok majerin tu melted away terus terkam! Tapi now ni mak dah tak larat even nak pegang pisau pun tangan sempat cramp lagi lah nak uli roti...so its my turn to bake for her but of course lah my roti not the same as hers ;)

Redha & Syukur..

No comments:

Post a Comment