Friday, December 7, 2012

Until we meet again...

Moga kalian dalam kasih sayang Nya...

A yearly affair untuk Iqa jumpa auntie laili...suka2 this time datang dengan ibunya ...2 kali suka! Kan..after sekian lama sampai juga ibu Iqa ke teratak kami..Seperti selalu birthday Iqa memang sakan dengan kek..dengarnya kek Mermaid tu dia tak bagi orang potong...ya lah kek comel macam tuannya. Ayah Iqa juga buat tempahan kek untuk kotak hantaran yang dia design.. memang Osem!

7 in Rainbow cake+fondant
7 in pulut kuning lapis rendang daging
Kek lapis coklat
8 in Devil food choc cake + choc ganache
Devil food choc cupcake + choc ganache
Pink bear fancy cookies 
Sampai jumpa lagi Iqa...
Moga jadi anak solehah yang mendoakan ibu dan ayah!

Sunday, December 2, 2012

Deepavali 2012

Moga ceria selalu!

Tempahan daripada Shamila untuk meraikan deepavali tahun ini...cornflake madu, tart nenas, blueberry cheesy tart, makmur, chocolate chip cookies, almond london,kek marble dan 5 biji kek kukus buah-buahan. Thanks Shamila dah 3 tahun berturut2 order dengan akak.


Kek kukus buah dan kek marble 
Makmur dan cornflake madu
Tart nenas dan blueberry cheesy tart

Senyum buat ceria ^o^

Saturday, December 1, 2012

Pengorbanan

Moga semua dalam kesejahteraan dan lindunganNya,

Sangat-sangat lama meninggalkan blog nih..banyak yang nak dicerita sampai tak tau nak mula dari mana..
Menjelang hariraya aidiladha tempoh hari saya menjadi agak sibuk yang tak dijangka, namun Alhamdulillah..

Tahun ketiga menempah kek harijadi untuk puteri tersayangnya,
tq siti - butter cake + buttercream + edible image

50pcs strawberry  marble cupcakes + buttercream juga untuk siti

Bingka ubi cheese tempahan dari Ani dan Kak Mon untuk santapan
dipagi aidiladha...sekali rasa memang nak lagi!

Kek marble dan kek marble cheese buttercake - thanks to Nazirah
and Zarina
Strawberry marble cupcakes untuk Imaan bawa ke jamuan
akhir tahun kelasnya
Chicken pie dan steak mushroom pie (beef) saya yang kian mendapat sambutan
Pengorbanan dalam apa juga bentuk moga dilakukan penuh keikhlasan demi mendapat redhaNya

Jumpa lagi!

Saturday, October 20, 2012

Selepas 2 minggu..

Assalamualaikum...

Telah mencuti kan diri selama 2 minggu..

Red velvet ..anak kak nab order ..lupalah namanya sori ya dik

Devil food choc cake untuk Cikgu tuition math Irfan, final class  before exam
moga Allah jua membalas budi baik cikgu Zamri

Kek present untuk my neighbour n my friend

12in Red Velvet cake + 2 cute fondant bears
thanks azie..sooo much!

Kek Marble

Assalamualaikum

Moga ceria dan dalam lindunganNya.
Marble cake ada peminat tersendiri termasuk sayalah tu. Selalunya saya buat untuk diberi sebagai buah tangan..ramai kata sedap and buat tempahan,simply rich butter cake!

Sama tapi tak serupa..
kiri Marble Butter Cheesecake, kanan; Rich  Marble Cake
Rich Marble cake ...sangat moist and super buttery (?)
RM40
Marble Butter Cheesecake..mocca flavour tu yang pale je colour dia
RM45
Tempahan dibuka untuk Aidiladha 1433H dan seterusnya...

Sampai jumpa

Thursday, September 27, 2012

Ia Datang dan Pergi...

Assalamualaikum..

Moga semua dalam rahmat dan kasih sayangNya!

Luluh hati bila melihat orang-orang yang kita sayang dalam kesakitan sehingga terlantar ... yang dulunya lincah dan aktif ke sana ke mari.. Pada masa yang sama menginsafi betapa lah sesungguhnya tiada daya upaya melainkan dengan izinNya! Sebenarnya Aidilfitri lalu ibu mertua dan ibu saya sendiri tidak sihat dan dimasukkan ke hospital, ibu mertua menjelang Aidilfitri manakala ibu saya seminggu selepas itu. Jadi, Aidilfitri kali ini datang dan pergi dengan agak sayu bagi saya sekeluarga..

Kerana itulah blog ini agak kesepian dan saya sendiri baru sahaja sihat dari serangan selsema yang adush.. sangat menyeksakan (padahal sangat sedikit berbanding kesakitan ibu saya). Moga kedua2 ibu saya bertambah sihat...doakan sama ya!

Macamana pun aktiviti mem'baking' masih diteruskan hanya untuk yang saya telah commit saja..

Atas: 7 in Rainbow cake + cream cheese layers+buttercream+edible image
Bawah: 12 in Devilfood Choc cake + choc ganache
terima kasih Rafiah!

12 in Rainbow cake +cream cheese layers+buttercream+fondant figurine
Thanks Ila dan Azie
12in red velvet cake+creamcheese layers + frosting+fondant figurine
PORORO theme (I didn't know what pororo is until I made this)
Thanks Farah
 Alia anak kedua dah beberapa tahun ni celebrate birthday dia during Ramadhan..kesian dia it was really simple but she didn't mind (hope she really meant it!) and only requested Cream Caramel for her 'cake' suka lah mama..senang kerja kan.. Thank u sayang..for being anak yang baik, mendengar kata, moga berjaya dunia dan akhirat!
Gadis ayu mana pulak ni...heheeee
Alia's Cream Caramel 
12in Red Velvet Cake + 50pcs red velvet cupcake
Terima kasih byk pada tn hj Aziz sekeluarga

Nak share resipi Cream Caramel yang kat atas tu..sangat yummy and must try!

Sumber : Chef Kamarul

5 biji telur (A)
500ml susu (saya guna UHT)
100ml Double Cream (saya guna UHT whipping cream)
1 cwn gula
1 sudu teh vanilla
1 cwn gula (jadikan gula hangus- saya kurangkan kepada 3/4 cwn)

Satukan kesemua bahan kecuali gula hangus, pukul sedikit dengan whisker kemudian tapis.
Masukkan gula hangus dalam loyang bulat berukuran 8 inci, tuangkan bahan yang ditapis ke dalam loyang berisi gula hangus. Bakar secara water bath dalam oven selama 40 minit - 170C.

Selamat mencuba!

Ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara..
Sihat sebelum sakit!

Wednesday, August 8, 2012

Nak buka ape?

Assalamualaikum..

Moga masih beristiqamah...ingatan untuk diri sendiri..!
Jom layan gambar juadah berbuka kami..

Swedish meatballs..sedap sangat sila ke taste.com.au utk resipi

Caesar salad ...my version..siap crouton lagi

Foccacia bread

Sardine Puff segera..saya guna roti canai segera Kawan, masukkan inti,
lipat dua, sapu telur sebelum dibakar..wallah!
Nampak tak manggo lassi in the background
Yogurt drink flavour manggo+buah mangga+susu UHT+madu+ais-blend together
hari-hari mau..hikhik

Home made pizza..with home made tomato sauce

Spaghetti olio..my style


Penyejuk Mata

Assalamualaikum...

Ramadhan satu perjuangan...semuga kita dapat merasai nikmat beribadah sepanjang ramadhan dan memanfaat peluang sebelum berakhirnya bulan penuh kerahmatan ini..

Sehari sebelum ramadhan kami meraikan ulangtahun 'baby in the family' - dia tak suka gelaran ni...nak adik lagi katanya..huhuuu! Imaan lahir 8 tahun yang lalu - anak manis yang tidak banyak ragamnya, sangat berdikari, jelas apa yang dimahukan - moga menjadi anak solehah yang mendoakan  kami...amin!

birthday girl with her cake
Devil food choc cake +choc ganache + top with snickers
 
..with her present
Princess themed birthday cake untuk Hannah
happy birthday dear!

Fruitycheese cake + buttercream + edible image

Happy birthday Amir
best friend Imaan sebelah rumah ..birthday selang seminggu je!
Rainbow cake (green tone) +buttercream

Harapan hanya satu moga anak2 ini menjadi penyejuk mata ayah ibu dan harta tak ternilai yang bakal ditinggalkan buat bekalan di sana...

Alhamdulillah

Sunday, July 15, 2012

Biskut Raya 2012

Assalamualaikum wbt!


Untuk makluman pelanggan SmashingLY yang budiman 
pesanan biskut raya terhad..siapa cepat dapat lah ya..
 harap maklum saya berazam untuk mengutamakan yang utama 
sepanjang bulan yang barakah ini ...(doakan saya!)

Tart Nenas Teratai RM25/50pcs
Choc Chip Cookies RM28/50pcs (hazelnut/almond/walnut)


Biskut suji salju/suji brunei  RM23/50pcs
Tart Nenas Teratai (close-up)

Oreo Cheesecake cookies (baru!) RM28/50pcs
sedapp!!
Blueberry Cheesy Tart RM28/50pcs
Paling laris 2 tahun berturut2!
Biskut Samperit RM20

 Sila hubungi saya di 019-7225508 untuk sebarang pertanyaan - biskut2 lain yang tak tersenarai di atas pun ada (siapa yang regular tau lah kan) contoh biskut kacang peas, biskut suji dll..

Ramadhan Tiba...

Assalamualaikum wbt!

Moga kalian dalam limpahan rahmat dan kurniaNya...
Ramadhan tiba...ramadhan tiba....nyanyian kecil Imaan sebaik sahaja pulang dari sekolah Jumaat lepas...Celotehnya itu dan ini tentang program Semarak Ramadhan di sekolah dan keseronokannya kerana seharian tidak perlu belajar...emmm seronok kan jadi anak kecil! Saya pun mengambil kesempatan minta dia berjanji untuk berpuasa penuh tahun ini..

Semoga Ramadhan kali ini lebih baik...moga Allah beri kami sekeluarga kekuatan dan kesabaran untuk mengutamakan yang utama dalam beribadah sepanjang bulan penuh keberkatan..Juga doa saya untuk para pembaca, saudara dan sahabat moga diberi kesihatan dan kelapangan dalam beribadah supaya dihujungnya nanti kita peroleh kemenangan...Amin!


7 in Red Velvet Cake + cream cheese
tq kak atie

12in Red Velvet Cake + cream cheese untuk staf TNB Jln Kolam Air

9in square Red Velvet Cake + cream cheese

9in square Red Velvet Cake + cream cheese layer + buttercream frosting + edible image
happy birthday Radzi!


Ahlan Wa Sahlan Ya RAmadhan!