Monday, February 20, 2012

Nikmat Sihat dan Sakit

Assalamualaikum...

Semoga semua usaha mendapat keberkatanNya...
Sihat tu nikmat, sakit pun nikmat juga...dan peringatan untuk kita menghargai waktu sihat...badan rasa seram sejuk gigi pulak berdenyut2. Sakit gigi boleh berjangkit ke..hehe sebab ada orang tu last 2 weeks 2 kali pergi jumpa dentist hikhik...Mungkin juga balasan.. :o(

Nak bercerita pasal nasi minyak sebab semua org di rumah ni suka...saya beli beras Basmathi Jasmine - PUSA beras ni sangat panjang okay..dan sangat senang untuk dimasak..harga dia value for money la kan.2 kg dah 2 kali masak masih berbaki...Saya masak based on resipi Nasi Judah Asmah Laili tapi biaselah diubah sana sini..Saya juga masak Ayam Masala Berlada dan Udang Khayra -udang ni must try nt bila rajin kita post resipi ya..Tapi kan angel angle gambar ni x kena cannot see the chicken nor the udang...ni kes orang lapo ambik gambar..hehe


Salad ni lupa lah nama...reka2 sendiri lepas pergi makan nasi arab..
Timun, tomato (buang biji) potong dadu, daun ketumbar hiris, perahkan lemon, garam &gula klu suka.. 

Air pun ala-ala Arab juga..teh (pekat sikit) + daun pudina

Second time masak nasi beras Basmathi ni buat style Nasi Pilaf...inspired by Mumtaz ex-housemate masa final year dulu..keturunan Pakistan tapi dilahirkan di England. Mumtaz ni sangat pandai masak dan pantas di dapur...dan cantik ..student lelaki cuma dapat pandang je lah cos family dia jenis arranged marriage macam dlm cerita hindustan tu! Okay nanti boleh cerita lagi pasal Mumtaz memang byk memori ngan dia ni..

 Salad ni lagi...ratah aje pun sedap..

Nasi pilaf + ayam masala berlada..nak masak biryani pun bolehh..
Didihkan air dalam periuk, tak perlu ikut sukatan- tapi mesti lebih banyak dpd beras, masukkan
jintan manis dan beras- masak hingga nasi separuh masak (biji limau), toskan..
Dalam rice cooker (atau periuk biasa), lapiskan lauk kemudian nasi, dibuat selang seli sehingga habis..
biarkan masak dalam rice cooker seperti biasa..Selamat Mencuba!

Berdoa, Bersabar & Bersyukur...

Wednesday, February 15, 2012

We had fun!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah akhirnya hujan turun petang semalam, sejuk sikit bahang kepanasan yang berminggu2 melanda..saja nak berkongsi gambar aktiviti baking dengan anak-anak sewaktu cuti sekolah bulan Disember lepas. Permulaan kelas semuanya malu-malu kan.. cakap pun suara tak dengar..tapi lepas warm-up wahhh..suara cikgu pulak tak kedengaran...hahaha!



Thank u guys u all memang happening!

Monday, February 13, 2012

Silaturrahim...

Assalamualaikum...

Semoga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa bersama kita...Hujung minggu lepas antara minggu yang sibuk..Alhamdulillah..semenjak berbisnes kecilan ni senarai kenalan bertambah walaupun ada yang tak pernah berjumpa tapi berkali2 membuat tempahan..unik kan? Besides dapat jumpa kawan2 lama yg masih megingati diri ini cewahh..terima kasih atas sokongan kalian..Bersilaturrahim tu kan sunnah Nabi...

 Tema pink dan kelabu daripada Aisya .. sengaja buat deko yang 
berlainan untuk 2 kek bertingkat ni...bila diberitahu Aisya kata
 tak kisah Kak janji sedap..terharu dia beri penuh kepercayaan!
Aisya order melalui sepupunya Julia..thank u two!
 Red Velvet cake+cream cheese frosting+fresh flowers
 Untuk tempahan melebihi RM300 saya akan berikan pisau
percuma dengan tema sedondon...

 Pulut kuning sebagai hantaran tempahan daripada Kak Ani...geng gosip masa
kat ofis dulu..rindunya...dah dapat menantu dahh..tak sabar nak timang cucu katanya..

Kak Ani juga order fruit tartlets santapan dimeja pengantin dan
 bawah fruity cheesecake slice saya deko sikit- buah tangan untuk Kak Ani  



 Kedua-dua kek comel ni untuk anak2 Anne Darwish & Damya..
thanks Anne selalu ingat kat Akak..hehe 
 7 inch fruity cheesecake + buttercream frosting + edible image

In between kek2 diatas I made 10 boxes of fruity cheesecake slices 
yang all time favourite among my customers, made deliveries, 
pergi jemputan..hantar anak to tuition...hectic la sangat huhu 
tapi tu semua made possible with my other half...thanks all!

Bersabar & bersyukur...

Tuesday, February 7, 2012

Cahaya atas cahaya...


Assalamualaikum...

Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w. yang tanpanya kita tidak dapat nikmat Iman dan Islam, pembawa rahmat kepada sekalian makhluk...dan daripadanya lah kita harapkan syafaat..

Cuti hujung minggu yang panjang...Alhamdulillah..time well spent with family I hope..
On what I did sepanjang cuti...

Buat pancake untuk Alia and her friends..untuk lunch 
buatkan shepherd's pie (gambar dah selalu tengokkan..)
Pancake ni pernah promise nak post resipinya..resipi makcik Martha
2 cwn tepung gandum
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda biarbonate
1/2 sudu teh garam
3 sudu makan gula
2 biji telur (A) -  pukul sedikit
3 cwn buttermilk (saya guna susu UHT je)
4 sudu makan butter

Campurkan semua.. bahan basah dulu, masukkan bahan kering ya..
kemudian tapis (penting ni klu tak berbintil2 pulak pancake)
Kalau boleh biarkan adunan rehat sekejap dlm 10 minit..
Panaskan kuali, sapukan butter sedikit, masukkan sesenduk adunan
dan balikkan bila tepi pancake dah berlubang2.
Makan dengan madu atau jem atau anything yang manis sbb pancake ni lemak rasanya..
Selamat mencuba!


 Second time wat buah melaka dlm seminggu ni campurkan tepung pulut dgn keledek oren..
cantik kan warnanya...first time buat tak cukup..tak caya cuba buat..


 Talam pandan dan kacang merah...bawa ke rumah jiran sempena majlis
maulidur rasul
Dah lama tak buat pau ..sebab phobia selalu buat tak gebu dan licin...
Tapi resipi ni sangat bagus ...pau yang gebuss dengan homemade inti kelapa...suka3
demi anak2 ku..huhuhu


Oven baked chicken salut dengan cornflake..healthy sikit gituu
Ini la budak yang boring cuti lama sangat katanya..
so dia buatkan mama dia love tree...love u too sweet darling!

Biru muda + coklat??

Assalamualaikum...

Skeptikal kan? Oleh kerana dah diberitahu awal maka macam2 idea dok playing in my head to realise this two combination colours and how it is going to look like with the given design..Tambah nervous tuan punya call a few times worried on the result...hehe tapi mokcik confident jer!



Kotak hantaran by myself...promo!
Alhamdulillah...siap juga and I think it's quite nice light blue & choc together.. :))
Thank u very much Zarina for this challenge!

Wednesday, February 1, 2012

Pai & pasta

Beef macaroni dibuat ala lasagne layered dengan bechamel sauce 
dan parmesan cheese order daripada ex-housemate masa muda remaja dulu.. Kak Nane
Thanks Kak Nane ni entah kali ke berapa dia order :) , sememangnya sedap dan mengenyangkan!
Macaroni ala Lasagne
 Kak Nane juga oder quiche... actually sama dengan pai dipanggil juga open pie cos pai kan 
selalunya ditutup dengan pastry di atasnya. Tapi quiche dibiarkan gitu aje..
hanya dipenuhkan dgn egg custard..yumm
Dori & Prawn Quiche

Yang bawah ni sendiri order hahaha
Blackpepper beef pie...inspired by Lamb pie kat Secret Recipe...
pastry dough not satisfactory...kena improve recipe nih...